Saturday, June 20, 2009

WANG PUNCA PERGADUHAN?


Bukanlah satu rahsia bahawa semua pasangan pasti bertengkar. Kajian menunjukkan ia berlaku setiap dua minggu sekali melibatkan konflik sementara waktu dan perselisihan faham yang lazimnya boleh diselesaikan dengan memohon maaf antara satu sama lain.Bagaimanapun, pertengkaran yang berpanjangan dan sukar ditangani kebiasaannya berkait rapat dengan masalah kewangan.Malah, sebanyak 38 peratus lelaki dan wanita dalam kaji selidik melalui Internet oleh Harris Interactive berkenaan lelaki, cinta dan seks mengatakan, wang adalah penyebab utama yang mencetuskan persengketaan dalam rumahtangga.Masalah kewangan mendahului subjek lain yang boleh menyebabkan pergeseran dalam rumahtangga seperti pengagihan tugas mengemas rumah dan aktiviti seks dalam perhubungan suami isteri.

Kebanyakan masalah kewangan yang timbul berpunca daripada perbezaan sasaran kewangan antara lelaki dan wanita. Contohnya, isteri inginkan kabinet dapur granit tetapi suami mahukan televisyen skrin leper.Atau, ia berpunca daripada kurangnya komunikasi mengenai apa sasaran masing-masing. Ini disebabkan oleh salah seorang bertanggungjawab membayar bil jadi mereka ingin mengelak tekanan dengan berbicara soal wang.Masalah lain juga timbul ekoran tekanan yang dilalui secara rutin untuk memastikan anda mempunyai bajet mencukupi setiap bulan untukmembayar bil, berlibur, belanja anak-anak dan simpanan untuk hari tua.Lebih-lebih lagi apabila tiba penghujung tahun ketika semua orangmenerima bonus akhir tahun.Pada ketika ini, tekanan untuk berbelanja paling kuat dirasai tambahan pula kebanyakan produk baru akandiperkenalkan di pasaran.

Berikut terdapat beberapa panduan untuk membantu anda ketika menghadapi tekanan kewangan;
Fahami pemberian hadiah kepada lelaki/wanita. Lelaki sukakan hadiahyang menarik perhatian dan mahal harganya. Sebaliknya, wanita memilihhadiah kreatif dan difikirkan dengan teliti tetapi biasanya kurangdihargai lelaki.

~ Jangan biarkan wang menjadi isu untuk mengawal perhubunganlebih-lebih lagi jika salah seorang pasangan memperoleh pendapatanlebih tinggi berbanding seorang lagi. Ini kerana pasangan yang bergajikecil menjadi takut untuk berbelanja sebaliknya seorang lagi akanmembeli-belah sesuka hati.
~ Sediakan bajet untuk kegunaan anda berdua dan pastikankedua-duanya mempunyai akses kepada wang simpanan sama ada untukbercuti atau kegunaan keluarga.
~ Jangan samakan nilai diri anda dengan pendapatan kewangan yangdiperoleh. Pertengkaran mengenai wang pada musim cuti selalunya lebihteruk kerana kaum lelaki merasakan mereka tidak berguna tanpa duit.
~ Apabila timbul konflik, wanita boleh membantu dengan meluahkanpenghargaan terhadap sumbangan suami selain wang ringgit dalamrumahtangga.
~ Kaum lelaki juga harus ingat, duit atau hadiah tidak menentukankejayaan sesebuah perkahwinan sebaliknya ‘hadiah’ yang mengukuhkankekuatan hubungan kasih sayang itu lebih penting.
~ Ingat, masalah kewangan selalunya bukan disebabkan duit,sebaliknya ketakutan, kuasa dan menguruskan aspek perbelanjaan dalamperkongsian hidup suami isteri.

__________________________________________________________________________________________________
"Dunia Ini Adalah Perhiasan Dan
Sebaik-Baik Perhiasan Adalah Wanita Yang Solehah.
Amin..........

0 comments:

 

my life Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino