Monday, July 27, 2009

PERUBAHAN MODE


Dah lama aku x update n3 nie.. coz bz pindah n configure sistem di tempat baru...pada 20hb julai semua sa n programmer yg mengendalikan sistem aplikasi dan RND dipindahkan ke bangunan pejabat lama@buruk... kenape kitaorg dipindahkan? sebab pengurusan baru... so terpaksalahh kitaorg nie pindah dah jd mcm ikan sardin dahh...
sedih sgt... coz dah biasa kat tempat lama kann.. ape tak nya dah 3 tahun...
lagi menyedihkan tempat yg bakal diduduki buruk n xde kemudahan...
dlm2 sedih ade yang bestnya... yg bestnya dekat ngan tempat shopping hehehee...
belakang jalan TAR tepi sogo.. hehehee...

Saturday, June 20, 2009

Hari Bapa



Pyzam Glitter Text Maker

Glitter Graphics Maker & MySpace Layouts

Hari nie 21hb ialah hari bapa sedunia.. pepagi lagi aku dah call abah wish selamat hari bapa... walaupun dr riak suara aku tau abah gembira....sempena hari bapa 2009 nie aku ingin mengucapkan selamat hari bapa kepada abah aku Hj Wahab Bin Hj Jasir... terima kasih kerana membesarkan n memberi pelajaran kepada aku... love u abah...

WANG PUNCA PERGADUHAN?


Bukanlah satu rahsia bahawa semua pasangan pasti bertengkar. Kajian menunjukkan ia berlaku setiap dua minggu sekali melibatkan konflik sementara waktu dan perselisihan faham yang lazimnya boleh diselesaikan dengan memohon maaf antara satu sama lain.Bagaimanapun, pertengkaran yang berpanjangan dan sukar ditangani kebiasaannya berkait rapat dengan masalah kewangan.Malah, sebanyak 38 peratus lelaki dan wanita dalam kaji selidik melalui Internet oleh Harris Interactive berkenaan lelaki, cinta dan seks mengatakan, wang adalah penyebab utama yang mencetuskan persengketaan dalam rumahtangga.Masalah kewangan mendahului subjek lain yang boleh menyebabkan pergeseran dalam rumahtangga seperti pengagihan tugas mengemas rumah dan aktiviti seks dalam perhubungan suami isteri.

Kebanyakan masalah kewangan yang timbul berpunca daripada perbezaan sasaran kewangan antara lelaki dan wanita. Contohnya, isteri inginkan kabinet dapur granit tetapi suami mahukan televisyen skrin leper.Atau, ia berpunca daripada kurangnya komunikasi mengenai apa sasaran masing-masing. Ini disebabkan oleh salah seorang bertanggungjawab membayar bil jadi mereka ingin mengelak tekanan dengan berbicara soal wang.Masalah lain juga timbul ekoran tekanan yang dilalui secara rutin untuk memastikan anda mempunyai bajet mencukupi setiap bulan untukmembayar bil, berlibur, belanja anak-anak dan simpanan untuk hari tua.Lebih-lebih lagi apabila tiba penghujung tahun ketika semua orangmenerima bonus akhir tahun.Pada ketika ini, tekanan untuk berbelanja paling kuat dirasai tambahan pula kebanyakan produk baru akandiperkenalkan di pasaran.

Berikut terdapat beberapa panduan untuk membantu anda ketika menghadapi tekanan kewangan;
Fahami pemberian hadiah kepada lelaki/wanita. Lelaki sukakan hadiahyang menarik perhatian dan mahal harganya. Sebaliknya, wanita memilihhadiah kreatif dan difikirkan dengan teliti tetapi biasanya kurangdihargai lelaki.

~ Jangan biarkan wang menjadi isu untuk mengawal perhubunganlebih-lebih lagi jika salah seorang pasangan memperoleh pendapatanlebih tinggi berbanding seorang lagi. Ini kerana pasangan yang bergajikecil menjadi takut untuk berbelanja sebaliknya seorang lagi akanmembeli-belah sesuka hati.
~ Sediakan bajet untuk kegunaan anda berdua dan pastikankedua-duanya mempunyai akses kepada wang simpanan sama ada untukbercuti atau kegunaan keluarga.
~ Jangan samakan nilai diri anda dengan pendapatan kewangan yangdiperoleh. Pertengkaran mengenai wang pada musim cuti selalunya lebihteruk kerana kaum lelaki merasakan mereka tidak berguna tanpa duit.
~ Apabila timbul konflik, wanita boleh membantu dengan meluahkanpenghargaan terhadap sumbangan suami selain wang ringgit dalamrumahtangga.
~ Kaum lelaki juga harus ingat, duit atau hadiah tidak menentukankejayaan sesebuah perkahwinan sebaliknya ‘hadiah’ yang mengukuhkankekuatan hubungan kasih sayang itu lebih penting.
~ Ingat, masalah kewangan selalunya bukan disebabkan duit,sebaliknya ketakutan, kuasa dan menguruskan aspek perbelanjaan dalamperkongsian hidup suami isteri.

__________________________________________________________________________________________________
"Dunia Ini Adalah Perhiasan Dan
Sebaik-Baik Perhiasan Adalah Wanita Yang Solehah.
Amin..........

Petua org tua-tua


Assalammualaikum. ..... Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ... Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan ....either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan.... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... samada kami perasan atau tidak ....so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ... Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ...mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya .....makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu.. Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu...jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok ....jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ....dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam ... kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ... Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali ....tak caya try buat ....solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib .... dapat semua waktu lagi baik ...sangat besar ' rahsia ' dan peranan dapur rupa-rupanya. ..dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib. "Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita". Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So,it ' s good if we can remind each other because in Rasulullah ' s last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly... Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you ' ll lose nothing. Wallahu A ' lam... Terima Kasih,

Sunday, June 14, 2009

panduan mengurangkan tekanan atau stress


Semua orang, laki ke pompuan, tua ke muda, kaya ke miskin, sikit sebanyak pasti akan merasai tekanan atau stress. Ada orang stress disebabkan hal2 yang remeh temeh. Ada orang akan stress bila tak dapat rokok. Ada orang stress bila tengok muka boss. Ada orang stress bila banyak kerja. Pendek kata, ada macam2 jenis stress. Masing2 akan merasai stress mengikut pengalaman dan bidang masing2. Orang yang paling berjaya ialah orang dapat mengawal minda dan emosinya apabila berhadapan dengan sesuatu masalah. Dia melihat sesuatu masalah melalui perspektif yang betul. Orang yang berjaya akan mengambil sikap yang betul atas segala masalah yang dihadapinya.

Orang yang dapat buat begitu dianggap berjaya kerana dia dapat mengubah yang negatif kepada positif. Dia tukar tekanan menjadi cabaran pada dirinya. Dia boleh tukar masalah menjadi peluang. Dia dapat menukar tekanan menjadi rangsangan. Anda ingin berjaya menangani stress? Anda ingin hidup aman tanpa merasai stress yang sentiasa mengganggu emosi dan fikiran anda? Sila baca panduan bagaimana untuk menangani stress, yang saya dapat daripada Dr. Danial ini.

1. Kita mesti menjadi seorang yang berwawasan dan berperancangan.
Orang yang berjaya ialah mereka yang mempunyai wawasan atau visi. Hidup mereka bermatlamat dan di samping itu mereka mempunyai cita-cita yang tinggi. Mereka merupakan golongan yang mampu menjawab dengan jelas soalan ‘what’ atau apa yang saya mahu berhubung masa depan seperti yang disebutkan oleh Peter M. Senge dalam bukunya The Fifth Discipline. Wawasan dan matlamat perlu disusuli dengan usaha. Zaman pungguk termenung merindukan bulan sudah berlalu. Hari ini ialah zaman ikhtiar dan usaha. Tanpanya pungguk akan mati. Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 202, “Mereka itulah orang yang mendapat bahagian dari apa yang mereka usahakan dan Allah amat cepat perhitungan-Nya.” Usaha yang akan mendatangkan hasil yang baik ialah usaha yang berdasarkan perancangan yang teliti.
Mengikut Imam Tirmizi, nabi bersabda, “Manfaatkan yang lima sebelum datang yang lima, masa mudamu sebelum tua, masa sihatmu sebelum sakit, masa kayamu sebelum miskin, masa lapangmu sebelum sibuk dan masa hidupmu sebelum mati.” Hadis ini menunjukkan mereka yang berjaya ialah mereka yang merancang awal dalam hidup mereka. Mereka merupakan golongan yang proaktif yang ingin memanfaatkan peluang hari ini sebelum tiba hari esok. Dengan itu kerja-kerja ‘last minute’ dapat dielakkan sekali gus cara hidup kelam kabut dan tergesa-gesa yang melahirkan tekanan dapat dielakkan.

2. Berzikir dan beribadah lah dengan khusyuk.
Ibadah yang khusyuk akan mendatangkan kedamaian kepada jiwa seseorang dan kedamaian ini akan lebih mendekatkannya kepada Allah sehingga akhirnya timbullah kelazatan dan keenakan ketika beribadah. Ketika itu, ibadah menjadi penawar yang mampu meredakan sebarang tekanan yang melanda hati. Di antara ibadah yang boleh mendamaikan hati ialah zikrullah. Sehubungan dengan ini Allah berfirman: “Ketahuilah, dengan berzikir kepada Allah hati akan tenang.” (Ar-Ra’d 13:28) Pada suatu ketika, seorang lelaki telah mendatangi sahabat Abdullah ibn Masud r.a. dan berkata: “Wahai Ibn Masud, nasihatilah aku dengan sesuatu yang dapat meredakan kegelisahanku. Buat masa ini, jiwaku tidak tenteram, fikiranku kusut kemusut, tidurku tidak nyenyak dan seleraku tiada.” Abdullah ibn Masud r.a. telah menjawab: “Bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat, pertama, ke tempat orang sedang membaca Al-Quran tidak kira sama ada kamu ikut membacanya atau kamu sekadar mendengar pembacaan orang lain. Kedua, kamu menghadiri majlis pengajian yang mengingatkan kamu kepada Allah dan ketiga, kamu mencari satu waktu yang sunyi, contohnya di waktu malam, dan ketika itu kamu bangun melaksanakan ibadah kepada Allah serta memohon kepada-Nya agar diberikan ketenangan dan kedamaian hati kepadamu. Jika selepas melakukan kesemua ini jiwamu masih juga tidak tenteram, mintalah kepada Allah agar digantikan hatimu dengan hati yang lain kerana hati yang kamu miliki sekarang ini bukannya hatimu.” Lelaki itupun kembali ke rumahnya dan terus mengambil wuduk dan membaca Al-Quran dengan penuh khusyuk. Selesai membaca Al-Quran, didapati jiwanya telah berubah menjadi tenang, fikirannya menjadi jernih dan kegelisahan yang selama ini melanda hatinya hilang sama sekali.

3. Hidup Yang Seimbang Adalah Penawar.
Salah satu punca tekanan yang menyerang ramai orang pada hari ini ialah ‘ketagih bekerja’ atau ‘belajar tanpa henti’. Mereka, yang dikenali sebagai workaholic, bekerja / belajar siang dan malam sehingga melupakan segala tanggungjawab yang lain. Mengikut kajian yang dilakukan oleh Dr. Bryan E. Robinson dari Universiti North Carolina di Charlotte, golongan ini mengeluarkan banyak hormon adrenaline di dalam badan mereka dan hormon ini akan membebankan jantung, menyebabkan darah tinggi dan menyempitkan pembuluh darah.
Perubahan-perubahan ini mendedahkan golongan ini kepada sakit jantung, strok, kesugulan dan keinginan untuk membunuh diri. Islam menentang sebarang sikap melampau di dalam hidup. Nasihat yang paling baik untuk kita hayati ialah yang pernah dinasihatkan oleh sahabat Salman Al-Farisi r.a. kepada Abu Dardak r.a. Nasihat ini kemudiannya disokong oleh Nabi s.a.w.: “Sesungguhnya Tuhanmu ada hak ke atasmu, dirimu ada hak ke atasmu dan keluargamu ada hak ke atasmu. Berikan setiap yang berhak ini haknya.” (Bukhari). Justeru keseimbangan dalam hidup adalah sangat penting.

4. Senaman dan Rekreasi Meredakan Tekanan.
Islam menggalakkan umatnya aktif beriadah dan membenci mereka yang malas dan tidak aktif. Nabi s.a.w. telah bersabda: “Semua perkara melalaikan seseorang dari zikrullah melainkan empat perkara: pergi memanah, melatih kuda (untuk berperang), bergurau senda di antara suami isteri dan belajar berenang.” (Tabrani) Senaman akan menambahkan kekuatan mental dan ketajaman pemikiran. Di samping itu ia juga merangsang kreativiti dan imaginasi seseorang. Mengikut satu kajian, senaman dapat mengurangkan kemurungan kerana ketika bersenam otak akan mengeluarkan bahan-bahan kimia asli seperti endorphin yang berfungsi mendatangkan ketenangan dan menghilangkan kesedihan serta kemurungan. Justeru, senaman dan rekreasi (dalam batas-batas syariat) adalah penawar yang mujarab bagi mengawal tekanan atau stress.

5. Berdoa Dengan Khusyuk Adalah Penawar
Berdoa adalah ibu ibadah. Imam An-Nawawi telah menukilkan perkataan Imam Al-Ghazali di dalam kitab Al-Azkar berhubung dengan kepentingan doa: “Doa menjadi sebab bala dijauhkan dan rahmat diturunkan. Ia dapat dikiaskan dengan perisai yang menjadi sebab senjata tidak menembusi badan”. Doa yang diterima oleh Allah ialah yang dilakukan dengan hati yang khusyuk seperti yang disabdakan oleh Nabi s.a.w.: “Berdoalah kepada Allah dengan keyakinan bahawa Allah akan mengabulkan permintaanmu. Ingatlah, Allah tidak akan memperkenankan doa yang datang dari hati yang lalai”. (Tirmizi) Bagaimana dengan anda? Anda selalu menghadapi stress? Apakah yang biasanya anda akan lakukan untuk mengurangkan stress??
 

my life Copyright © 2009 Flower Garden is Designed by Ipietoon for Tadpole's Notez Flower Image by Dapino